Kelas ICT – Kuiz Hari Pekerja dan Kuiz Hari Wesak
28 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 27 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Kuiz Hari Wesak dan Kuiz Hari Pekerja kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji kefahaman peserta mengenai hari cuti umum di Malaysia.
Dalam sesi pertama kelas ini, peserta telah membuka laman web Quizizz.com dan menaip nama masing-masing di ruangan yang disediakan. Mereka dikehendaki untuk menjawab semua soalan mengenai Hari Pekerja dan markah akan terpapar setelah selesai menjawab soalan-soalan berkenaan.
Pada sesi kedua pula, peserta dikehendaki untuk menjawab kuiz berkaitan Hari Wesak di laman web Wordwall.net dan markah akan dipaparkan setelah mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: